Perubahan Diri.
Saturday, 21 July 2012, ϟ 0 shout(s)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalammuaalikum dan selamat pagi.
Bismillah pembuka cerita saya pada hari ini. Mohon kawan kawan keluarga dan yang tercinta terima diri ini dengan seadanya. Menjangkau umur remaja banyak dosa yang saya lakukan. Saya ingin berubah. Bukan untuk orang lain. Untuk saya dan masa depan saya. Saya ingin menjadi muslimah yang sejati dan seorang yang berguna. Insya Allah.
Tetapi....
Keluarga, kawan kawan dan orang tercinta tidak pernah menyedari hasrat yang terbuku dari dulu. Saya ingin mengejar ilmu agama. Seorang islam selalu lalai dengan perlakuannya. Saya mohon ampun kepada semua. Bukan ingin menunjuk yang saya seorang alim. Saya sedar, saya masih ada jalan yang tidak lurus lagi. Saya ingin mencari pembaris yang sesuai untuk meluruskan jalan saya.
Dosa yang tidak terkira banyaknya. Walaupun saya ada boyfriend. Walaupun orang cakap couple itu haram. Tapi saya menganggap dia bukan sahaja sebagai seorang boyfriend. Tapi dia sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Dia lah abang, guru rakan karib dan yang paling penting dia sabar melayan karenah saya yang selalu menyakitkan hatinya.
Setiap doa saya, tak pernah lupa akan diri sendiri. Like Ustaz said "I love myself". Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ni. Saya masih miskin dengan ilmu. Hati kecil sentiasa berdetik, siapa akan menangis dan sedih bila saya tiada. Bermaknakah saya dalam hidup orang tu? Wallahualam.
Biarlah saya dibenci dan bukan saya membenci orang. Jika ada yang sakit hati atau menyampah untuk baca entri ni, saya minta maaf. Saya takda niat untuk datangkan benci dalam diri awak semua.
Its short post. Just want you to know that I sincerely want to change. Mohon maaf again.


Salam sayang. Aqilah Syahindah ♥
new past